BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 5, 2009

Pengenalan kepada Pendidikan Khas

click here for English Version



















Sumber diilustrasi dari: http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/3326575035/

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teratur serta dinilai keberkesanannya secara teliti bagi membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Pada masa ini, pendidikan khas di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab 5 kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia mula dinyatakan dalam Akta Pembelajaran 1961 yang kemudiannya disemak dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Bagi tujuan pelaksanaan pula, Kementerian Pendidikan (sekarang Kementerian Pelajaran) mengadakan Peraturan-peraturan (Pendidikan Khas) 1997.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 - Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997), 'murid-murid dengan keperluan khas' bermakna murid-murid yang mempunyai:
a. kecacatan penglihatan atau
b.kecacatan pendengaran atau
c. masalah pembelajaran

(Sumber dari: Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS Professional.)

0 comments: