BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 7, 2009

Elaun Guru Pendidikan Khas Naik


PUTRAJAYA 2 Okt. - Seramai 5,600 guru pendidikan khas di seluruh negara akan menikmati kenaikan kadar elaun bulanan dari RM100 kepada RM250 sebulan mulai tahun depan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih RM10 juta setahun diperuntukkan bagi peningkatan kadar elaun sebagaimana yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2008 bulan lalu.

‘‘Langkah tersebut adalah gambaran kepada komitmen dan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan guru pendidikan khas di negara ini........................


~ Sila layari http://www.moe.gov.my/?id=14&aid=9 untuk maklumat lanjut ~


Selamat membaca *_^

2 comments:

Unknown said...

assalammualaikom...

pada pandangan saya pemberian elaun ini telah menyebabkan masalah kepada ppki.. tak dinafikan ianya adalah keperluan dalam kehidupan ,tetapi bayangkan jika dulu guru ppki yang memilih bidang ini iklas mengajar walaupun tiada elaun sebagai tarikan tiada PPM membantu tetapi tarikannya adalah niat yang suci.

walaupun masih ada guru yang memilih bidang ini kerana minat, tetapi sekarang tarikannya bertukar kepada ganjaran yang ditawarkan maka lahirlah guru 10%.

kalau dulu tahi budak dah macam doh bagi guru PPKI sekarang mereka hanya tutup hidung dan PPM yang uruskan.

Tak hairanlah jika murid PPKI lebih berminat dengan PPM mereka berbanding guru yang kini sudah tidak mesra dengan murid.

menguruskan sendiri murid akan menyebabkan kita lebih mesra dengan murid dan tingkah laku dapat dikawal dengan baik (maka sesuailah dengan elaun yang cikgu dapat)

kepada bakal guru dan guru yang belum pernah menguruskan murid seperti memandikan,mengelap hungus menguruskan murid di tandas dan lain2 cubalah murid PPKI akan lebih mesra dengan anda dan mudah untuk kita menguruskan mereka dan mengajar mereka...(anggap mereka seperti anak,adik atau ahli keluarga kita)

akhir kata itulah pandangan saya, pemberian elaun bukan tak baik tapi kita sebagai guru patut memastikan elaun yang diterima adalah bebaloi dengan tugas kita...

pandangan guru daif....

kunjungi PPKI SK Pucung Utama 3 di http://www.anakkhas.com http://anakkhas.blogspot.com
http://bloganakkhas.blogspot.com

terima kasih....
ingin berkenalan dengan pemilik blog email saya atau add dalam ym saya yer anakkhas@ymail.com

UKM Pendidikan Khas said...

yea, saya juga bersetuju ngan pandangan cikgu...tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang terlibat dalam bidang pendidikan bukan lagi dengan niat yang suci tetapi dengan elaun, dan juga disebabkan pengangguran selepas tamat pengajian...

Apakah pandangan cikgu berkaitan elaun individu yang telah ditingkatkan dari Rm50 sehingga RM150 seorang pada Belanjawan yang baru dibentangkan kelmarin?=)