BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 5, 2009

Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia

click here for English Version

Pendidikan masalah penglihatan

1926 - Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931 - SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 - Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bharu
1962 - Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih
- Permulaan Latihan Perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
1977 - Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
1978 - Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh

Pendidikan Masalah Pendengaran

1954 - Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 - Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah), Tanjong Bungah, Pulau Pinang
1963 - Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah biasa yang dipilih
1963 - Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 - Pengenalan kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pelajaran
1987 - Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam

Pendidikan Masalah Pembelajaran

1988 - Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah bermasalah pembelajaran



1 comments:

Anonymous said...

ada sumber lain mengatakan p.khas bermula seawal tahun 1920 an ...
jadi, yang mana satu betul???

Loading...